Diploma Usuluddin di USAS
Apa itu Usuluddin? Apa subjek yang akan dibelajar? Apa peluang kerjaya yang ada? InshaAllah apa yang aku tahu, semuanya aku tulis disini. Kalau ada yang belum tahu, aku ialah graduan Diploma Usuluddin di USAS. InshaAllah aku share serba sedikit lah mengenai program Usuluddin ni. Kalau korang yang nak masuk USAS tapi ambil program lain pun boleh juga baca. Yang nak ambil usuluddin di IPT lain pun boleh je baca, manatahu dapat juga membantu 😉 Apa itu Usuluddin dan apa subjek yang akan dipelajari ? Baik, Usuluddin ni adalah suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib. Usuluddin turut dipanggil sebagai ilmu tauhid atau ilmu usul . Jadi, apa yang akan korang belajar dalam Diploma Usuluddin ni adalah ilmu hadith, quran, tauhid dan banyak lagi subjek wajib universiti dan subjek wajib fakulti. Jangan anggap kalau korang ambil course agama, korang akan ketinggalan dalam akademik ye. Sebab setiap universiti memang a...