Diploma Usuluddin di USAS

Apa itu Usuluddin? Apa subjek yang akan dibelajar? Apa peluang kerjaya yang ada?

InshaAllah apa yang aku tahu, semuanya aku tulis disini. Kalau ada yang belum tahu, aku ialah graduan Diploma Usuluddin di USAS. InshaAllah aku share serba sedikit lah mengenai program Usuluddin ni. Kalau korang yang nak masuk USAS tapi ambil program lain pun boleh juga baca. Yang nak ambil usuluddin di IPT lain pun boleh je baca, manatahu dapat juga membantu 😉

Apa itu Usuluddin dan apa subjek yang akan dipelajari ?

Baik, Usuluddin ni adalah suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib. Usuluddin turut dipanggil sebagai ilmu tauhid atau ilmu usul. Jadi, apa yang akan korang belajar dalam Diploma Usuluddin ni adalah ilmu hadith, quran, tauhid dan banyak lagi subjek wajib universiti dan subjek wajib fakulti.

Jangan anggap kalau korang ambil course agama, korang akan ketinggalan dalam akademik ye. Sebab setiap universiti memang akan ada subjek wajib akademik untuk korang pelajari. Macam aku, ambil Diploma Usuluddin tapi aku juga ada kursus English, Pengajian Am, Kokurikulum, Pengenalan kepada Teknologi & Maklumat dan sebagainya.

Dan antara kelebihan lain, korang juga akan belajar kursus yang bukan dalam bidang Usuluddin, seperti Tajwid & Hafazan, Sirah Nabawiyyah, Nahu Sorof, Fiqh Ibadat dan banyak lagi. 

Untuk lihat senarai penuh kursus yang akan korang belajar sepanjang pengajian, boleh klik sini


Bidang Usuluddin ni susah ke? 

Mulanya, aku ambil bidang Usuluddin ni sebab aku rasa menarik dan mencabar, lagipun aku suka belajar mengenai Quran Sunnah. Dan kebanyakkan senior atau kenalan USAS yang aku kenal, semuanya kata Usuluddin susah. Bak kata diorang, "mesti hebat ni, berani ambil Usuluddin". Sejujurnya, tanggapan diorang hampir membuatkan aku nak tukar program. Alhamdulillah, aku bersyukur aku tak cepat mengalah dan teruskan dengan Usuluddin.

Bagi aku, setiap program susah. Apa je yang senang dalam hidup ni? Nak tidur pun kadang susah kena paksa mata untuk lelap. Susah dan senang itu adalah subjektif. Maka, ada orang akan kata Usuluddin ni susah untuk dia, ada juga yang kata senang. Jawapan aku, kalau kita minat sesuatu tuh, jangan biar orang downkan kita. Selagi kita tak mencuba, macam mana kita tahu yang kita confirm gagal?

Sepanjang aku belajar Usuluddin ni, memang ada subjek yang berat bagi aku sampai nak pecah kepala cuba untuk faham dan hafal tapi classmate aku pula bukan main perform mashaAllah ! 😂 And Alhamdulillah, dah graduan dah pun aku !

Senang kata, lain orang lain kemampuannya.


Ambil Usuluddin ni, boleh kerja apa?

Peluang kerjaya Usuluddin ni lebih kurang sama dengan jurusan agama yang lain, antaranya :

  • Guru atau Guru Agama
  • Pensyarah
  • Pegawai Agama
  • Pendakwah Bebas
  • Penasihat atau Perunding Agama
  • Panel Akidah
Sebenarnya, peluang kerjaya ni luas mengikut pengalaman, personaliti dan kepakaran masing-masing. Korang boleh saja cari pekerjaan yang luar dari bidang korang sekarang, tak semestinya Graduan Bidang Agama ni kerjayanya berkait hal agama sahaja. Pernah dengar kan ramai je yang lain belajar, lain kerja. Ada yang ambil bidang Syariah, jadi usahawan. Ada yang ambil bidang Enginering, jadi baker. Senang kata, kita merancang dan Allah juga merancang. Yang pasti, for now fokus dan yakin dengan pilihan kita 💙


Cara pengajian Diploma Usuluddin di USAS

Okay, aku cuma dapat around setahun lebih belajar di USAS, selebihnya melalui online. Dan sepanjang pengajian, kita yang menyusun sendiri jadual semester kita. Maksudnya, sebelum bermulanya setiap semester baru, kita kena mendaftar subjek yang kita nak untuk semester tersebut. Except semester pertama, itu kita kena ikut je apa yang USAS dah bagi. Tapi, masa pendaftaran subjek ni bukan semua subjek akan dibuka, atau mungkin ada subjek yang bertembung masa. Jadi, susun jadual dengan bijak !

Yang paling aku suka sebab bukan boleh pilih subjek je, tapi ada juga pilihan waktu, tempat dan pensyarah. Biasanya aku akan utamakan waktu kelas terlebih dahulu, supaya jadual aku tersusun dan tak terlalu padat. Untuk aku, kebiasaanya untuk semester panjang aku mendaftar 6 subjek, iaitu sekitar 18 jam kredit. Jadi hari-hari aku tak terlalu padat dan mengikut kemampuan aku. Lebih digalakkan untuk korang pilih je senarai yang dah dibuat oleh akademik USAS. Point untuk dekan adalah 3.5 setakat ni.

Untuk cara daftar subjek, jangan risau sebab nanti akan ada senior yang ajarkan. 

Next, gaya pembelajaran bergantung kepada pensyarah. Ada pensyarah yang hanya pakai slide, ada yang suruh beli buku dan nota. Dan untuk program Usuluddin atau program dibawah Fakulti Pengajian Islam, Bahasa Arab adalah lebih penting daripada English. Terutamanya untuk program Usuluddin, Syariah, Tahfiz wal Qiraat dan Pendidikan Bahasa Arab ni memang banyak subjek akan dibelajar dalam Bahasa Arab 👌

Tapi jangan risau, para pensyarah sangat membantu dan memahami. Mostly mereka tidak speaking Arabic dalam kelas, supaya pelajar lebih faham. Oh ye! Kita ada juga pensyarah international tau, dan mereka memang fully speaking arabic. But also, don't worry lah sebab mereka faham Bahasa kita dan boleh speaking English juga hehe. And one more, silibus atau kitab USAS ni kebanyakkannya mengikut Mesir, jadi sebabtuh kita punya level Usuluddin ni bukan biashe-biashe 😜


Nasihat sebelum melanjutkan pengajian

Sebelum nak buat keputusan bidang pilihan korang untuk sambung pengajian, pastikan buat research tau! Buat research apa minat korang, apa future plan atau kerjaya yang korang nak. Then baru buat research untuk pengajian korang. Ingat tips ni before buat keputusan :

  • Kenali minat dan kerjaya impian (kalau masih keliru, boleh cuba buat career test, personality test ke untuk tengok minat korang cenderung kemana)
  • Kenali kemampuan diri (tanggungan perbelanjaan pengajian, kecekalan diri dsb)
  • Buat research tentang bidang yang dipilih (subjek, jam kredit, tahun pengajian)
  • Buat research tentang IPT yang dipilih (yuran, kemudahan, MQA, persekitaran)
  • Paling penting, restu ibu bapa.

Ingat, setiap IPT yang kita nak pilih ada kelebihan dan kekurangan juga. Buat keputusan dengan bijak, jangan sebab ikut orang je tau. Moga entri kali ini bermanfaat buat kalian !

Comments

Ayein said…
akak lepas tamat diploma usuluddin kita boleh sambung ke mana pulak ?

Popular posts from this blog

Pengalaman Menuntut di USAS

Akhlak Menurut Syariat Islam